Separuh Akhir Muzik Muzik Anugerah_Juara_Lagu_ke-36

Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional. [1] Untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-36 sebanyak 12 lagu telah terpilih dari 2 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diacarakan oleh Sissy Iman dan Aliff Satar di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor . Persembahan mereka telah diadili oleh juri professional seperti Dato Mokhzani selaku Ketua Juri , Dato Syafinaz Selamat, Altimet , Helen Yap, LY, Datuk Acis dan Chaan. [2] Sebanyak 30 lagu dipilih untuk berentap pada SFMM36 yang menampilkan ramai penyanyi terkenal tanah air dan bersaing dengan pelbagai genre lagu termasuk balada, pop rock dan hip-hop. Kebanyakan netizen berpuas hati dengan barisan finalis Anugerah Juara Lagu kali ini .

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Juara_Lagu_ke-36 https://ohbulan.com/lagu-mana-yang-bakal-layak-ke-... https://open.spotify.com/album/0PskGwtMSfoMoqMnRK5... https://open.spotify.com/album/5G5A5sUJWRg1qdur7wt... https://open.spotify.com/track/0GwliBMJDWZmLOIIfQm... https://open.spotify.com/track/1M9KWU2KyV3B6DD0l6A... https://open.spotify.com/track/1sCn0IWQtSDAlMvLLnT... https://open.spotify.com/track/2Hig1jN5cuRowJtNHEU... https://open.spotify.com/track/2RZtFHn8ZZTLV4Anb4i... https://open.spotify.com/track/390rIF5dbH5QRIb7r3N... https://open.spotify.com/track/3UQ8YTl0tr1cKxGXGiW...